28 July 2011

Anak A - Naib Juara Bon Kenyir 23 Julai 2011

Tuah Keramat, anak kepada Seri Alam telah menjadi naib juara di bon Kenyir dengan gaya 13 point sama dengan juara. Mereka berdua sahaja mendapat gaya tertinggi dan berkongsi markah 52.5 point. Seri Alam Junior ini telah kalah pada balung menjadikan dia di tempat kedua. Warna dia kalahkan juara untuk menjadikan markah keseluruhan sama.



 Tuah Keramat, son of Seri Alam has won 1st Runner Up at Kenyir with style 13 points equivalent to the Champion. Only both of them have this highest point in style and shared the same total point of 52.5 points. This Seri Alam Junior lost at head and crest point but recovered back at colour leading to the same total points
Si Hitam Manis blog posting 21 Julai 2011, induk SK telah menduduki tempat ke 6 dan mendapat saguhati.
 Si Hitam Manis, blog posting 21 July 2011, SK's female has won the 6th place and won a consolation prize.
SA Junior juga mendapat cabutan bertuah wang tunai RM50. SA Junior sponsor perjalanan pergi balik Kenyir dengan wang dimenanginya. Sekarang anda tahu kenapa namanya Tuah Keramat. Semoga tuahnya berpanjangan hingga ke anak cucunya. Ameen.
Tuah Keramat has also won lucky draw of RM50. Tuah Keramat's winnings through 1st runner up and lucky draw has sponsored SK expenses to and fro Kenyir. Now you know why its name is Tuah (Lucky) Keramat.

27 July 2011

Projek 2012 - Rinting Power

Rinting Keramat ini menjadi pembaka di reban SK - target untuk menghasilkan anak-anak ranking untuk tahun 2012

Sayap nampak singkat sebab kedua-dua patah hasil dari kejar-mengejar induk-induk. Bagaimanapun ekor sireh pinang, tarik selam dan cutting tinggi cukup menawan hati SK

Ekor sebelah ini telah patah dua urat. Tak apalah dah masuk reban SK ni, SK akan jaga supaya boleh masuk bon akan datang.

SK cukup suka dengan warna rinting ini. Warna emas kuning di leher dan pinggang. Warna ekor hitam 3 bilah di bawah dan 3 bilah putih di bahagian atas. 4 warna di sayap. Hitam putih yang sekata di bahagian dada.

21 July 2011

Si Hitam Manis

Si Hitam Manis duduk tempat kedua bon besar KL awal bulan Julai lalu.

10 July 2011

Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama - 23 Julai 2011

Dijemput peminat ayam serama tanah air dan luar negara (istimewa negara jiran Malaysia : Indonesia dan Thailand) untuk bersama-sama meriahkan lagi Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama - 23 Julai 2011 bertempat di Tasik Kenyir Terengganu. Jumpa di sana. Jangan tak datang.....
We would like to invite all serama fans to Serama Beauty Contest on Saturday 23 July 2011 at Tasik Kenyir, Terengganu. Your presence will make the contest more merrier. See you there.