23 September 2012

Salah faham asal asul Samurai

SK nak betulkan fakta pada posting SK yang sebelum ini. SK salah faham apa yang disampaikan oleh salah seorang Geng Johor. Sebenarnya Remaja Rinting itu yang SK jual pada Azreen Pos Serama yang kemudiannya dibeli oleh Iwan ialah bapa kepada Samurai. Iwan telah kahwinkan dengan induk yang Azreen beli dari SK juga. Jadi benarlah Samurai adalah hasil produk Iwan. 

Sedap juga SK dengar suara sumbang dalam FB tu yang bukan nak membetulkan keadaan tapi lebih ke arah mengadu domba dan mengambil kesempatan untuk smash maut. Bagus juga ini terjadi kerana "the true colours of certain people are actually revealed".

SK nak minta maaf atas kesalahan fakta ini terutama kepada pemilik Samurai, Iwan.                                             

Wa Caya Lu Samurai! Flashback

Rinting Semasa Remaja

Picture courtesy of Hafiz Demon

 "Tak apa lah aku bergaya last time untuk tuanku sebelumkan meninggalkan tanah lahirku Kg Dato Keramat. Hu Hu Hu. Nak ikut pergi Jakarta, dia tak beri....."
Pic Courtesy of Hafiz Demon Serama

"Apa tengok-tengok orang tengah feeling ni!!! Nak berpisah dgn saudara tinaku yang ikut ke Indonesia"

"Tengoklah dunia....hu hu hu....aku anak Rinting.....Rinting telah berjaya dua kali BOTB"
"Wa caya lu Samurai!"

 

05 September 2012

Rinting BOTB Melaka 2 September 2012

 
Picture courtesy of AzmiGhani FB
Awesome!!! Rinting ini berjaya meraih gelaran BOTB di bon Melaka pada 2 September 2012. Memang susah nak cari Rinting yang bergaya dengan markah 24 point seperti yang diperolehi rinting ini. Juga susah untuk mencari Rinting yang mempunyai cutting tinggi. Secara traditional, baka Rinting mempunyai kaki yang agak rendah dan jarang yang lempar sayap ke depan.

Picture - Courtesy of Serama Pos blog
Foto Rinting di bon Melaka - Wah bukan main bergaya lagi!
 
 

Inilah bapak kepada Rinting BOTB itu. Rinting itu telah SK jual kepada Iwan, kawan Azreen Serama Pos semasa remaja. SK tumpang gembira atas kejayaan anak Rinting ini.