12 January 2011

Zorro - Pembaka Mini SK

Eh Wah Angkat kaki pulak
                                                  Pandang - pandang orang pulak
Tunduk hormat selepas bergaya

Hari minggu lepas Zorro masuk bon last minute diambil dari induk-induk. Tanpa mandi dengan hanya lap-lap saja, Zorro berjaya menjadi top 5 dalam category ABS setelah dipotong markah pada sayap, ekor, bulu dan warna. Gayanya dijadikan kayu ukur kepada yang lain kerana naik atas meja nombor 2 dan gaya yang massyuk (dapat 22.5 aje hu hu hu)

10 January 2011

Kimosabee - Diperhatikan oleh seorg peminat mini serama

Peminat serama, En Halim dari Bomba, KL terpukau dengan aksi menarik Kimosabee.
A die-hard fan of mini serama is appreciating awesome style of Kimosabee.
Kimosabee dengan aksi menarik. SK rasa industri serama patut menggalakkan pembiakan ayam serama bawah 300 gm dengan memberi permarkahan yang lebih kepada ayam categori mini ini. Ayam mini yang bergaya sepatutnya mendapat lebih markah dari ayam A yang beratnya hampir 350 gm. Ayam mini memang susah yang berdada besar dan aktif disebabkan saiznya yang kecil. Dengan cara begini akan menggalakkan lagi peminat serama untuk pembiakan ayam mini serama. Serama memang dikaitkan dengan saiznya yang kecil tetapi jika orang masih ke arah ayam yang beratnya hampir 350 gm rasanya satu hari nanti jiran negara kita Thailand dan Indonesia mungkin lebih ke hadapan dengan menghasilkan ayam mini yang lebih bergaya dan warna yang mengancam... Hanya pandangan SK yang jahil saja....

Kimosabee with awesome style.

04 January 2011

Satu lagi Jasa Seri Iskandar - Anak Tina B Sold




Wah adik beradik bukan main bergaya lagi.....
The female offspring has shown a beautiful style even at a young age...


03 January 2011

Anak B sold RM1555 - Satu lagi Jasa Seri Iskandar



Seri Iskandar has been consistently producing offsprings of the same awesome cut....


Seri Iskandar telah menaburkan jasanya sekali lagi dengan mengeluarkan anak-anak yang telah menunjukkan cutting yang comel sejak kecil lagi. Generasi ke 3 ini belum diberi nama, biar tuan barunya memberi nama yang hebat untuknya.

29 December 2010

Mini Serama - Below 300 gm



Dengan Project Keramat Sepuluh hampir mencapai matlamatnya, SK memulakan project baru, MINI SERAMA - serama yang beratnya bawah 300 gm. SK memerlukan induk mini berwarna kuning yang telah bertelur comel yang slim berdada. Memang susah wujud induk begini tetapi sekiranya tuan puan mempunyainya tolong hubungi SK.
Whilst Keramat 10 Project is achieving its target, SK is commencing a new project MINI SERAMA - serama that weighs below 300 gm. SK needs yellow mini females with slim cut which has a proven record of laying good eggs. Should you have the said females please contact SK.

28 December 2010

Bumble Bee - Pembaka Full Time





Bumble Bee adalah jantan warisan Tok Keramat yg masih tinggal pada SK. Darah TK adalah salah satu ingredient penting untuk tukar warna kepada kuning dan kemungkinan yang tinggi untuk anak yang berdada besar.
Bumble Bee is the remaining male decendant of Tok Keramat bloodline. TK bloodline is an important ingredient to change from any colour to yellow and also to ensure high probability of big chest offsprings.