30 December 2011

Untuk Jual Sepasang Bapak dan Induk Adik Beradik Seri Buana

Seri Buana
Alpha Beta Masa Anak B

Alpha Beta semasa remaja


Alpha Beta - Bapa Seri Buana Semasa Muda.
Untuk Dijual Bersama Induk Dewasa dah bertelur adik beradik Seri Buana. Sepasang RM1,234.50
SK tidak ada gambar terbaru Alpha Beta tapi dia sekarang Categori Ayam B.


19 December 2011

Anak Rinting Emas Untuk Dijual

Tujuh (7) ekor anak C JANTAN Rinting Emas Untuk Dijual BORONG RM1333

13 December 2011

Anak Rinting Sold!

Sayugia diingatkan bahawa anak rinting telah bergaya mulai anak B dan sekarang sudah berhijrah ke selatan tanahair. Semoga muncul di bon besar di masa akan datang dan menjadi kebanggaan tuan barunya.

12 December 2011

Aduka Pembaka Yang Bergaya

Walaupun sudah menjadi pembaka Aduka masih bergaya. Masih banyak tawaran yang diterima untuk Aduka menjadi pembaka di reban lain dengan bayaran yang agak lumayan. Wah macam pemain bola professional pulak aduka. Ada yang nak buat pinjaman dengan bayaran yang membuat SK berfikir dua kali.


Rinting Mas dan Yellow Stallion telah terjual pada 10.12.2011 bersama 8 induk sebagai jualan pindah rumah kepada peminat selatan tanahair. Sebelum itu saudara di pantai timur membeli Ara bloodline Pok Eik/Li daging yang mempunyai balung jarum bersama 6 ekor induk. Kedua dua saudara serama ini membawa induk mengeram dengan telur dan pasunya sekali.


Yang tinggal untuk dibuat jualan sekarang anak - anak C Rinting Mas dan Yellow Stallion. Kalau berminat message SK di serama.keramat@gmail.com. Anak Rinting Mas yang rinting sudah terjual. Yang tinggal hanya warna kuning, putih dan cream.