30 December 2011

Untuk Jual Sepasang Bapak dan Induk Adik Beradik Seri Buana

Seri Buana
Alpha Beta Masa Anak B

Alpha Beta semasa remaja


Alpha Beta - Bapa Seri Buana Semasa Muda.
Untuk Dijual Bersama Induk Dewasa dah bertelur adik beradik Seri Buana. Sepasang RM1,234.50
SK tidak ada gambar terbaru Alpha Beta tapi dia sekarang Categori Ayam B.


19 December 2011

Anak Rinting Emas Untuk Dijual

Tujuh (7) ekor anak C JANTAN Rinting Emas Untuk Dijual BORONG RM1333

13 December 2011

Anak Rinting Sold!

Sayugia diingatkan bahawa anak rinting telah bergaya mulai anak B dan sekarang sudah berhijrah ke selatan tanahair. Semoga muncul di bon besar di masa akan datang dan menjadi kebanggaan tuan barunya.

12 December 2011

Aduka Pembaka Yang Bergaya

Walaupun sudah menjadi pembaka Aduka masih bergaya. Masih banyak tawaran yang diterima untuk Aduka menjadi pembaka di reban lain dengan bayaran yang agak lumayan. Wah macam pemain bola professional pulak aduka. Ada yang nak buat pinjaman dengan bayaran yang membuat SK berfikir dua kali.


Rinting Mas dan Yellow Stallion telah terjual pada 10.12.2011 bersama 8 induk sebagai jualan pindah rumah kepada peminat selatan tanahair. Sebelum itu saudara di pantai timur membeli Ara bloodline Pok Eik/Li daging yang mempunyai balung jarum bersama 6 ekor induk. Kedua dua saudara serama ini membawa induk mengeram dengan telur dan pasunya sekali.


Yang tinggal untuk dibuat jualan sekarang anak - anak C Rinting Mas dan Yellow Stallion. Kalau berminat message SK di serama.keramat@gmail.com. Anak Rinting Mas yang rinting sudah terjual. Yang tinggal hanya warna kuning, putih dan cream.

29 November 2011

Rinting Cutting Terkini For Sale RM3333 - SOLD 10.12.2011

Memang susah untuk mencari rinting yang mempunyai tubuh dan kaki yang panjang. Kebiasaannya baka rinting tubuh yang bulat dan kaki yang pendek. Istimewa lagi rinting ini mempunyai bulu leher dan rambai warna emas, ekor sireh 3 bilah bawah hitam dan 4 bilah atas warna putih. Lawi yang keras dan halus. Sangat sesuai untuk membuat baka untuk juara-juara rinting projek 2012.

Untuk urusan jual beli boleh contact SK yang sekarang di Indonesia di talian +6287878696906 (sampai 2 Disember aje) lepas tu SK balik Malaysia boleh contact 012-2058578 atau keramat64@hotmail.com atau serama.keramat@gmail.com

Yellow Stallion For Sale RM3888 - SOLD 10.12.2011

Sangat sesuai untuk membuat anak yang mempunyai leher (tengkuk), badan dan kaki yang panjang serta warna kuning bersih. Dengan itu anak betinanya sangat sesuai untuk cross breed yang selanjutnya untuk cutting masakini. SK sekarang di Indonesia, boleh contact saya di talian +6287878696906 (sampai 2 Disember aje) lepas tu sy balik Malaysia boleh contact 012-2058578 atau keramat64@hotmail.com atau serama.keramat@gmail.com

31 October 2011

Moving Out Sale has begun!

For Sale RM1888.
Baka kepada Pok 8. Baka Pok 8 terbahagi kepada sami gila dan ara. Ini bloodline dari ara Pok 8. Ciri balung jarum sebagai bukti. Promosi hadiah induk seekor untuk jualan ini.

30 October 2011

Seri Idaman Naib Juara Muda di Bon Melaka 29 Oct 2011

Display aje not for sale.
Sudah lama SK tidak update blog. SK tidak mahu beri alasan. Ramai kekawan mendesak SK untuk update untuk mengikuti perkembangan Serama Keramat. Akhirnya SK terpaksa akur.

 Sri Idaman adalah anak kepada Aduka yang dikacukkan dengan induk baka Serama Paka.
 Sri Idaman belum capai potensi yang sebenar. Harap di Bon Bangi 26 Nov ini dia boleh duduk depan. Sekarang ini letak induk depan mata pun buat tak tahu. Belum baligh kot atau ayam pemalu.
 Update akan datang SK akan pamerkan pula anak kepada Seri Alam yang telah lama meninggalkan SK.
Dan seterusnya update Cili padi anak kepada Aduka dengan induk baka Pok 8.

03 October 2011

Sri Idaman Bin Aduka VS Sri Palas dan Koleksi Sri Bidong


Sri Palas dan Koleksi Sri Bidong adalah ikon masa kini yang senantiasa bermain di bibir setiap mulut peminat serama tanahair dan seberang. Bagaimanakah SK nak upgrade Sri Idaman menjadi secantik kedua-dua ikon ini?


05 September 2011

Bon Besar di Dungun, Terengganu 17 Sept 2011

Gambar Hiasan - Lawatan Pak Rulli dan Rall Cobain
 Adalah dimaklumkan saya menyampaikan hebahan dari Pok Aik Dungun 
"PERTANDINGAN AYAM SERAMA AKAN DIADAKAN PADA 17.9.2011 (SABTU) BERTEMPAT DI DEWAN SIVIK KAMPUNG SEBERANG PINTASAN DUNGUN.TUAN DJEMPUT HADIR BERSAMA AYAM TUAN. YURAN PENYERTAAN RM45 TERMASUK MAKAN TENGAHARI. SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI P0K EIK (0139664836),POK DIN (0148133100) DAN MAT DUNGUN (0139266725).

Hadiah Pertama RM300
Hadiah Kedua RM200
Hadiah Ketiga RM100

Saguhati RM50
BONANZA RM1000 dan RM500
Cabutan Bertuah Wang Tunai

25 August 2011

Double Trouble

 
Di sebelah kiri, ada darah li daging dan sebelah kanan Tuah Keramat, naib juara anak A di Kenyir tempohari dah masuk alam remaja. 
   On your left has the bloodline of Li Daging and on your right is the former 1st Runner Up  at the last Kenyir competition

15 August 2011

Keramat Yellow Stallion

Keramat Yellow Stallion, nama diberi. Antara pembaka di reban SK untuk project 2012 iaitu mengeluarkan serama yang mempunyai ciri-ciri gaya seperti kuda berdiri.

Keramat Yellow Stallion is the name given for this kind of serama which has a character like a pranking horse when he is in action. This kind of serama will be SK project for 2012.
Add caption


28 July 2011

Anak A - Naib Juara Bon Kenyir 23 Julai 2011

Tuah Keramat, anak kepada Seri Alam telah menjadi naib juara di bon Kenyir dengan gaya 13 point sama dengan juara. Mereka berdua sahaja mendapat gaya tertinggi dan berkongsi markah 52.5 point. Seri Alam Junior ini telah kalah pada balung menjadikan dia di tempat kedua. Warna dia kalahkan juara untuk menjadikan markah keseluruhan sama.



 Tuah Keramat, son of Seri Alam has won 1st Runner Up at Kenyir with style 13 points equivalent to the Champion. Only both of them have this highest point in style and shared the same total point of 52.5 points. This Seri Alam Junior lost at head and crest point but recovered back at colour leading to the same total points
Si Hitam Manis blog posting 21 Julai 2011, induk SK telah menduduki tempat ke 6 dan mendapat saguhati.
 Si Hitam Manis, blog posting 21 July 2011, SK's female has won the 6th place and won a consolation prize.
SA Junior juga mendapat cabutan bertuah wang tunai RM50. SA Junior sponsor perjalanan pergi balik Kenyir dengan wang dimenanginya. Sekarang anda tahu kenapa namanya Tuah Keramat. Semoga tuahnya berpanjangan hingga ke anak cucunya. Ameen.
Tuah Keramat has also won lucky draw of RM50. Tuah Keramat's winnings through 1st runner up and lucky draw has sponsored SK expenses to and fro Kenyir. Now you know why its name is Tuah (Lucky) Keramat.

27 July 2011

Projek 2012 - Rinting Power

Rinting Keramat ini menjadi pembaka di reban SK - target untuk menghasilkan anak-anak ranking untuk tahun 2012

Sayap nampak singkat sebab kedua-dua patah hasil dari kejar-mengejar induk-induk. Bagaimanapun ekor sireh pinang, tarik selam dan cutting tinggi cukup menawan hati SK

Ekor sebelah ini telah patah dua urat. Tak apalah dah masuk reban SK ni, SK akan jaga supaya boleh masuk bon akan datang.

SK cukup suka dengan warna rinting ini. Warna emas kuning di leher dan pinggang. Warna ekor hitam 3 bilah di bawah dan 3 bilah putih di bahagian atas. 4 warna di sayap. Hitam putih yang sekata di bahagian dada.

21 July 2011

Si Hitam Manis

Si Hitam Manis duduk tempat kedua bon besar KL awal bulan Julai lalu.

10 July 2011

Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama - 23 Julai 2011

Dijemput peminat ayam serama tanah air dan luar negara (istimewa negara jiran Malaysia : Indonesia dan Thailand) untuk bersama-sama meriahkan lagi Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama - 23 Julai 2011 bertempat di Tasik Kenyir Terengganu. Jumpa di sana. Jangan tak datang.....
We would like to invite all serama fans to Serama Beauty Contest on Saturday 23 July 2011 at Tasik Kenyir, Terengganu. Your presence will make the contest more merrier. See you there.

18 June 2011

Aduka Terbaru - Unsensored

Dah lama rasanya tak update blog. Tak ada ayam comel melainkan yang lama juga. Aduka di malam hari tak bersolek. SK suka ambil photo malam. Kalau malam dia bergaya, di siang hari waduh gayanaya tak tahan.



21 May 2011

Celoteh Tentang Pembiakan

Lagenda Keramat semasa muda

Pernah dengar tentang Wagyu? Wagyu adalah baka lembu yang menghasilkan daging lembu yang penuh khasiat dan mahal harganya hingga mencecah USD50 untuk 150 gm di Jepun. SK akan ceritakan kemudian apa kaitannya dengan pembiakan serama. Ramai yang datang ke reban SK dan mengambil sepasang, dua pasang, tiga pasang serama untuk pembiakan tetapi hasilnya tidak keluar seperti SK. Apa silapnya. SK dah ceritakan formula yang SK gunakan tetapi hasilnya masih tidak sama. Untuk menghasilkan wagyu yang berkualiti tinggi tidak siapa yang tahu formulanya tetapi hasil kajian di Jepun, sesetengah pembaka menggunakan alunan muzik untuk lembu dan tempat tinggal yang bersih dan selesa dan berhawa dingin. Begitu juga dengan serama bukan hanya formula yang tersurat tetapi memerlukan formula yang tersirat.

Lagenda Keramat - Semasa Anak B

SK lihat banyak orang membaling ayam untuk dia beraksi di atas meja atau baling di atas tanah. Ini salah satu perkara yang tidak SK lakukan kepada ayam SK. Saudara Serama Lang Persona menggunakan tangan kanan untuk mengambil ayam. Pantang baginya mengambil dengan tangan kiri. Banyak lagi faktor yang negatif untuk tidak menghasilkan baka yang comel contohnya, mengambil benih ayam jantan yang kita diamanahkan untuk menjaganya tanpa kebenaran tuan punya ayam. Kalau hormat dan beradab dengan ayam kesayangan kita insya'Allah mereka akan membalas kebaikan kita dengan hasil yang memuaskan. "Renung-renungkanlah dan selamat beramal" ~ Prof Ezi Hj Ali (Radio Hot FM)

16 May 2011

Anak A Selam Waktu Siang

Ada yang kata aku betina

Kalau betina malu ah

Jantan betina cerita lain yang penting aku anak A dah selam

Seri Buana nama diberi

12 May 2011

Anak A Dah Selam



Ya Allah, sebagaimana dengan kuasa Mu,  Kau jadikan dia selam sekarang, jadikanlah dia juga dengan kuasa Mu dia kekal selam tanpa lari struktur tulangnya bila dia dewasa nanti. Ameen.

11 May 2011

Aduka di Bon Kenyir - 7 Mei 2011

Keramat 10 Aduka telah beradu dalam kategory Muda. Sebenarnya bulu ekor masih remaja tetapi bulu leher dan rambai telah muda, pihak penganjur telah mencadangkan supaya dia bertanding sebagai muda. Namun begitu Aduka telah berjaya meletakkan dirinya dalam lingkungan top 10. Aduka di adili tempat ke 6 daripada 70 ekor muda yang bertanding. Antara 4 ekor muda yang mendapat markah gaya tertinggi 23!

10 May 2011

Balung Terkini- Balung Mancis/Jarum

Bagi yang tidak pernah melihat balung secantik ini, di sini SK kongsikan bersama untuk tatapan dan semangat atau cabaran untuk breeder menghasilkan balung trend akan datang...

For those who have not seen this kind of amazing comb/crest, SK has the pleasure to share the future feature of Malaysian Serama!!!

26 April 2011

Seri Alam Terkini - Malam-malam pun bergaya habis

Permintaan peminat jauh untuk lihat Seri Alam terkini

Walaupun tidak mandi dan ambil dari induk-induk kandang, Seri Alam masih nampak kemas bulunya dan dengan gaya yang mengancam. Tengok kaki yang tegak dan tegap bila selam. Ayam ini sangat unik yang kebiasaannya ayam lempar sayap jarang selam gila. Oleh kerana struktur tulang yang kuat dan kaki yang tegap membolehkan Seri Alam selam gila sambil lempar sayap. Ajaib sungguh ciptaan tuhan ini!

"Amacam segak tak aku, ramai induk kandang dah terpikat"

Soalan yang selalu diajukan: Boleh naik induk ke? Jawapannya boleh, boleh dan boleh. Seri Alam Boleh.

"Bolehkah pergi Kenyir ni?"

Akhirnya sebagai menjawab soalan cepu emas, tawaran tertinggi yang pernah ditawarkan oleh peminat  RM8,000! SK harap SK telah menjawab soalan-soalan yang sering dikemukakan kepada SK.