21 October 2012

Balung Terkini Serama Keramat

Anak kepada Pedang Keramat dan induk Yellow Stallion

Yang anehnya bapak kuning dan ibu cream, anak keluar ara tok uban. Jadi SK main aralah pulak di tanah seberang. Sekarang SK lebih pentingkan cutting dan gaya dari warna.

23 September 2012

Salah faham asal asul Samurai

SK nak betulkan fakta pada posting SK yang sebelum ini. SK salah faham apa yang disampaikan oleh salah seorang Geng Johor. Sebenarnya Remaja Rinting itu yang SK jual pada Azreen Pos Serama yang kemudiannya dibeli oleh Iwan ialah bapa kepada Samurai. Iwan telah kahwinkan dengan induk yang Azreen beli dari SK juga. Jadi benarlah Samurai adalah hasil produk Iwan. 

Sedap juga SK dengar suara sumbang dalam FB tu yang bukan nak membetulkan keadaan tapi lebih ke arah mengadu domba dan mengambil kesempatan untuk smash maut. Bagus juga ini terjadi kerana "the true colours of certain people are actually revealed".

SK nak minta maaf atas kesalahan fakta ini terutama kepada pemilik Samurai, Iwan.                                             

Wa Caya Lu Samurai! Flashback

Rinting Semasa Remaja

Picture courtesy of Hafiz Demon

 "Tak apa lah aku bergaya last time untuk tuanku sebelumkan meninggalkan tanah lahirku Kg Dato Keramat. Hu Hu Hu. Nak ikut pergi Jakarta, dia tak beri....."
Pic Courtesy of Hafiz Demon Serama

"Apa tengok-tengok orang tengah feeling ni!!! Nak berpisah dgn saudara tinaku yang ikut ke Indonesia"

"Tengoklah dunia....hu hu hu....aku anak Rinting.....Rinting telah berjaya dua kali BOTB"
"Wa caya lu Samurai!"

 

05 September 2012

Rinting BOTB Melaka 2 September 2012

 
Picture courtesy of AzmiGhani FB
Awesome!!! Rinting ini berjaya meraih gelaran BOTB di bon Melaka pada 2 September 2012. Memang susah nak cari Rinting yang bergaya dengan markah 24 point seperti yang diperolehi rinting ini. Juga susah untuk mencari Rinting yang mempunyai cutting tinggi. Secara traditional, baka Rinting mempunyai kaki yang agak rendah dan jarang yang lempar sayap ke depan.

Picture - Courtesy of Serama Pos blog
Foto Rinting di bon Melaka - Wah bukan main bergaya lagi!
 
 

Inilah bapak kepada Rinting BOTB itu. Rinting itu telah SK jual kepada Iwan, kawan Azreen Serama Pos semasa remaja. SK tumpang gembira atas kejayaan anak Rinting ini.


03 August 2012

Anak-anak Kelahiran Permata Hijau

Masa anak A dipenuhi kelabu dan kuning hanya rintik-rintik aje. Sekarang perlahan-lahan kelabu masuk ke dalam dan kuning mula menyerlah. Jaguar nama diberi.

Anak-anak induk kelarah

Latumenten dan Ratna Sari - Anak-anak Aduka tapi berlainan ibu. Lihat warna hitam di hujung ekor warna kuning - ciri-ciri darah Aduka..

29 July 2012

Awesome Aduka at Cover Page of Flona magazine!

Awesome Aduka has made a debut in Indonesia after his first winning at P.A.S.I.R. contest during the Fauna and Flora Expo, at Lapangan Banteng Jakarta, now made the cover page of Flona magazine. It is hope that Indonesia Serama will receive more coverage and more Indonesian will participate in this wonderful, lucrative and unique hobby. Again thank you to the P.A.S.I.R Komitas for organising such a smooth, fair and great event. Also my gratitude to Pak Ajong and my Indonesian friends whom without them this would not be possible.

25 July 2012

Juara Ayam Tanpa Lawi di Bandung - 15 July 2012

Aduka sekali lagi telah menggembirakan SK setelah menjadi Juara Kategori Tanpa Lawi Piala Walikota Bandung. Dia juga masuk babak Raja Kebas dan seri dgn sekor lagi ayam dengan 12 kebasan. 10 minit kemudian bertanding BOTB tapi sudah kepenatan berkebas sebelumnya. Akhirnya gagal di babak di BOTB. 10 minit kemudian di ulang tanding untuk Raja Kebas and menemui juga kegagalan sekali lagi. 

Kemudian SK pulak yang duka dalam suka. "SO NEAR YET SO FAR!"
Walau apa pun, SK bersyukur kerana Aduka masih berjaya bergelar Juara sekali lagi.......

21 July 2012

Seri Buana - Terkini


Seri Buana Latest Pic - Courtesy from Hidayat Priyahita Samboya,Banyuwangi the current owner. Quite a number of people have been asking the latest development of Seri Buana. At last the existing owner came to the open to disclose Seri Buana.

Semasa Anak A di reban SK10 yang kemudian dijual semasa Anak B kepada Eko Banyuwangi, abang kepada Hidayat

Bapanya Alpha Beta sekarang berada di tangan Serama Awang Selamat

13 July 2012

Aduka - Juara Antara Bintang Kontes P.A.S.I.R. di lapangan banteng, Jakarta 8 July 2012

Angka 8 orang Cina kata ada 'ONG". Bagi Aduka 8 Juli 2012 membawa tuah kepadanya di lapangan banteng, Jakarta kerana berjaya merangkul gelaran Juara Antara Bintang (Ayam yang pernah pegang gelaran juara suatu masa dulu).

SK bersama Pak Ajong yang mengasuh Aduka sampai tahap kesihatan yang maxima hingga boleh beraksi seperti zaman remaja dan mudanya dahulu. Terima kasih Pak Ajong atas kerjasamanya! Kandang ayam Pak Ajong sangat bersih - belum pernah SK melihat kandang ayam dan ayam yang dijaga begitu bersih.

Kategori Juara Antara Bintang ini digelar oleh pihak penganjur P.A.S.I.R. sebagai kategori "NERAKA" kerana ayam ayam juara ini perlu beraksi selama 20 minit.

Aduka diambil foto oleh pihak media laksana artis kerana asyik berkebas selam sepanjang 20 minit masa kontes.

Tua-tua keladi semakin tua semakin menjadi! - Aduka hanya bernasib baik aje kerana tahap kesihatannya yang maxima. Lain hari belum tentu lagi kerana banyak juara-juara Malaysia  yang hebat yang diimport ke Indonesia.

15 May 2012

Another series of Serama LONJAK DADA SELAM. The next couple of postings SK will tribute to this kind of style. SK energy and efforts will be toward producing this kind of serama. Magnifique! Excellente!

06 May 2012

Lonjak Dada Selam - Awesome


Assalamualaikum. Posting kali ini SK mempaparkan ayam lonjak dada selam yang memangnya menjadi idaman SK.

Awesome. Excellent. Hebat kalau dapat memilikki ayam begini. Jika dapat breed ayam cutting lonjak dada selam ini kepuasannya tiada terhingga. Lebih-lebih lagi jika boleh mendapat gelaran Best of The Best!

04 April 2012

Pedang Keramat - Awesome!

Alhamdulillah patah tumbuh hilang berganti.
Pedang Keramat hasil kacukan Tok Keramat, Cendrawasih, Submarine dan Perahu Siam. Hasilnya mirip kepada ciri-ciri Submarine. Baru nak datang perangai.

Biarlah orang jual beribu RM ayam B tapi SK tetap nak pertahankan ayam A yang keluar dari reban SK. Kalau diizinkan Tuhan, minta dikurniakan aym A yang cutting tinggi dengan gaya yang buat orang "tertoleh-toleh tak puas pandang"!

SK suka cutting ni. Ayam kecil tapi dada bidang dan istimewa lagi tarik lonjak selam. Warna pun merah. Apa lagi nak? Untuk bon, mengancam di atas meja. Untuk breeding, tinggi sikit lagi. Apa pun, Alhamdulillah. Hanya DIA yang sempurna.

04 March 2012

Lagi Lagi Aduka Tak Ayam Lain ke?

Jumpa gambar lama jadi post aje la. Kalau computer virus nanti dah takda gambar kenangan pulak.

Baru nak belajar selam la boss, apa amik gambar ni? Belum sedia lagi boss.

Pulau Pandan Jauh Ketengah,
Gunung Daik Bercabang Tiga,
Hancur Badan Dikandung Tanah,
Budi Yang Baik Dikenang Juga.

Buah Hati

20 February 2012

TO BE OR NOT TO BE

Mungkin ada yang kata"Dah takda ayam lain nak update blog ni ke?" Jawabnya, "memang dah takda!" Aduka dan Seri Idaman yang tinggal sebagai pembaka SK. Tu pun Seri Idaman pun macam sakit.

SK dah biasa guna reban yang luas sekarang breeding pakai reban apartment ini tak selesa betullah. Ada rasa malas dah pulak nak bela ayam ni ditambah balik kerja lewat malam.

12 February 2012

Aduka di Perantauan - Jakarta

 Dah lama SK tak update blog ini. Sibuk settle down. Aduka pun begitu. Mula mula start dengan kandang besi macam kandang tanding. Ah tak selesa SK tengok ayam-ayam ambo tu. Baru siap "apartemen" lapan pintu. Baru puas hati. Servis Pak Fandy puas hati. Ayam-ayam sampai sihat wal-afiat. Balung2 merah belaka. Sampai 5 minit dah segak bergaya dan nak mengawan. He he he. Agus Thea lihat pun kaget....Lihat induk cun belakang Aduka tu. SK namakan darah 45 darjah.
 Onagagori ini kawan Aduka bermain. Mana tau boleh turun anak serama ekor macam ini.
Walau pun kecil Aduka perlukan sekurang-kurang 3 ekor induk untuk aman. Harap berkembang biak di tanah baru tempat SK cari rejeki. Barang barang di Malaysia masih belum sampai. Minum makan SK masih pakai pinggan mangkuk plastik. Nasib baik isteri original, kalau isteri plastik .... waduh masalah.

03 January 2012

Today Sold to Pantai Timur - Moving Out Sales

Darah Ara Pok 8 dan Induk Tok Keramat

Darah Pok Man Serama dan Induk Perahu Siam

Watch Out Next Sales on Female Serama Keramat 10 In the Week Commencing 9 January 2012