29 July 2012

Awesome Aduka at Cover Page of Flona magazine!

Awesome Aduka has made a debut in Indonesia after his first winning at P.A.S.I.R. contest during the Fauna and Flora Expo, at Lapangan Banteng Jakarta, now made the cover page of Flona magazine. It is hope that Indonesia Serama will receive more coverage and more Indonesian will participate in this wonderful, lucrative and unique hobby. Again thank you to the P.A.S.I.R Komitas for organising such a smooth, fair and great event. Also my gratitude to Pak Ajong and my Indonesian friends whom without them this would not be possible.

25 July 2012

Juara Ayam Tanpa Lawi di Bandung - 15 July 2012

Aduka sekali lagi telah menggembirakan SK setelah menjadi Juara Kategori Tanpa Lawi Piala Walikota Bandung. Dia juga masuk babak Raja Kebas dan seri dgn sekor lagi ayam dengan 12 kebasan. 10 minit kemudian bertanding BOTB tapi sudah kepenatan berkebas sebelumnya. Akhirnya gagal di babak di BOTB. 10 minit kemudian di ulang tanding untuk Raja Kebas and menemui juga kegagalan sekali lagi. 

Kemudian SK pulak yang duka dalam suka. "SO NEAR YET SO FAR!"
Walau apa pun, SK bersyukur kerana Aduka masih berjaya bergelar Juara sekali lagi.......

21 July 2012

Seri Buana - Terkini


Seri Buana Latest Pic - Courtesy from Hidayat Priyahita Samboya,Banyuwangi the current owner. Quite a number of people have been asking the latest development of Seri Buana. At last the existing owner came to the open to disclose Seri Buana.

Semasa Anak A di reban SK10 yang kemudian dijual semasa Anak B kepada Eko Banyuwangi, abang kepada Hidayat

Bapanya Alpha Beta sekarang berada di tangan Serama Awang Selamat

13 July 2012

Aduka - Juara Antara Bintang Kontes P.A.S.I.R. di lapangan banteng, Jakarta 8 July 2012

Angka 8 orang Cina kata ada 'ONG". Bagi Aduka 8 Juli 2012 membawa tuah kepadanya di lapangan banteng, Jakarta kerana berjaya merangkul gelaran Juara Antara Bintang (Ayam yang pernah pegang gelaran juara suatu masa dulu).

SK bersama Pak Ajong yang mengasuh Aduka sampai tahap kesihatan yang maxima hingga boleh beraksi seperti zaman remaja dan mudanya dahulu. Terima kasih Pak Ajong atas kerjasamanya! Kandang ayam Pak Ajong sangat bersih - belum pernah SK melihat kandang ayam dan ayam yang dijaga begitu bersih.

Kategori Juara Antara Bintang ini digelar oleh pihak penganjur P.A.S.I.R. sebagai kategori "NERAKA" kerana ayam ayam juara ini perlu beraksi selama 20 minit.

Aduka diambil foto oleh pihak media laksana artis kerana asyik berkebas selam sepanjang 20 minit masa kontes.

Tua-tua keladi semakin tua semakin menjadi! - Aduka hanya bernasib baik aje kerana tahap kesihatannya yang maxima. Lain hari belum tentu lagi kerana banyak juara-juara Malaysia  yang hebat yang diimport ke Indonesia.