26 April 2011

Seri Alam Terkini - Malam-malam pun bergaya habis

Permintaan peminat jauh untuk lihat Seri Alam terkini

Walaupun tidak mandi dan ambil dari induk-induk kandang, Seri Alam masih nampak kemas bulunya dan dengan gaya yang mengancam. Tengok kaki yang tegak dan tegap bila selam. Ayam ini sangat unik yang kebiasaannya ayam lempar sayap jarang selam gila. Oleh kerana struktur tulang yang kuat dan kaki yang tegap membolehkan Seri Alam selam gila sambil lempar sayap. Ajaib sungguh ciptaan tuhan ini!

"Amacam segak tak aku, ramai induk kandang dah terpikat"

Soalan yang selalu diajukan: Boleh naik induk ke? Jawapannya boleh, boleh dan boleh. Seri Alam Boleh.

"Bolehkah pergi Kenyir ni?"

Akhirnya sebagai menjawab soalan cepu emas, tawaran tertinggi yang pernah ditawarkan oleh peminat  RM8,000! SK harap SK telah menjawab soalan-soalan yang sering dikemukakan kepada SK.

Induk SK Juara Bon Penang

Induk SK sangkar no 15. Ada 2 ekor induk dapat markah tertinggi iaitu 75.5 tetapi induk SK menang gaya 22.5 berbanding 22 induk sangkar 18. Alhamdulillah. Lepas game induk ini terus disambar peminat serama. Tak sempat SK nak snap photo kenangan. Kalau tuan baru dia ambil gambar nanti SK abadikan di blog ini.

25 April 2011

Juara Remaja dan Naib Juara Game Penang 23.04.2011

Juara Remaja Pok 8 punya
Remaja Naib Juara SK punya

 Juara Sangkar no 2. Naib Juara sangkar no 15. Oleh kerana ada 5 ekor remaja yang mendapat markah 60 maka terjadi kekeliruan di pihak penganjur apabila Azam Terengganu diumumkan Naib Juara. Dibalik tabir SK bertanya penganjur tentang kesilapan itu. Dengan professionalnya penganjur mengaku salah, memohon maaf dan memberi hadiah tunai.Walaubagaimanapun, SK tetap berpuas hati kerana Aduka memperlihatkan gaya yang menarik dan memperolehi markah GAYA yang tertinggi sekali pada hari itu.(66 penyertaan kategori remaja). Alhamdulillah.
Akan Datang SK tak tau lagi performance Aduka ni. Harap-harap lebih bergaya lagi. Apa-apa pun target Next Stop KENYIR!


BOTB Game Penang - Muda Mahadir dari Kelantan

Beginilah gaya Best of The Best (BOTB). Dengar cerita Mahadir nak jual. Cubalah merisik...

18 April 2011

Keramat Aduka Muncul Juara Remaja Di Bon Bangi,Selangor dan Bkt Serindit,Melaka

This cockerel has won as a champion in the "Teenage" category twice in the last 2 championships in the west coast of Malaysia.
Next stop will be in Penang. GO GO Aduka go!!!
The best serama SK ever "produce" thus far.
May Allah bless SK with more serama like this in the future.
SK sangat bersyukur kerana hajat di hati selama ini tercapai untuk main produk sendiri di arena hebat Serama

05 April 2011

Pertandingan Kesenian Serama dan Pameran Merpati 10 April 2011

Dijemput tuan/puan ke Pertandingan Kesenian Serama dan Pameran Merpati Tempatan Dan Luar Negeri

Tarikh : Ahad, 10 April 2011
Tempat: Lily Garden, Bangi, Selangor (Depan Balai Bomba berdekatan Tol Bangi)

Hadiah-hadiah Untuk Serama A, B, Muda, ABS dan Remaja
Pertama RM150
Kedua   RM120
Ketiga   RM90
Empat   RM70
Lima     RM50
Yuran Penyertaan RM30

Hadiah-hadiah Untuk Induk, Anak A dan Anak B
Pertama RM140
Kedua   RM110
Ketiga   RM80
Empat   RM60
Lima     RM40
Yuran Penyertaan RM25

BOTB untuk rebutan Juara Serama A, B, ABS, Remaja dan Muda RM100

Jumlah saguhati dan cabutan bertuah bergantung pada penyertaan.

Pameran Merpati yang julung kali diadakan di Malaysia. Saksikan berbagai jenis merpati ~ yang selam, yang dada besar seperti belon dan lain-lain lagi. Dijemput juga bawa merpati tuan/puan untuk pameran.

Pertanyaan boleh diajukan kepada En Sayuti 013-6070910 dan PokCu 012-9732785

Tolong war-warkan kekawan yang jarang masuk blog.