31 October 2011

Moving Out Sale has begun!

For Sale RM1888.
Baka kepada Pok 8. Baka Pok 8 terbahagi kepada sami gila dan ara. Ini bloodline dari ara Pok 8. Ciri balung jarum sebagai bukti. Promosi hadiah induk seekor untuk jualan ini.

30 October 2011

Seri Idaman Naib Juara Muda di Bon Melaka 29 Oct 2011

Display aje not for sale.
Sudah lama SK tidak update blog. SK tidak mahu beri alasan. Ramai kekawan mendesak SK untuk update untuk mengikuti perkembangan Serama Keramat. Akhirnya SK terpaksa akur.

 Sri Idaman adalah anak kepada Aduka yang dikacukkan dengan induk baka Serama Paka.
 Sri Idaman belum capai potensi yang sebenar. Harap di Bon Bangi 26 Nov ini dia boleh duduk depan. Sekarang ini letak induk depan mata pun buat tak tahu. Belum baligh kot atau ayam pemalu.
 Update akan datang SK akan pamerkan pula anak kepada Seri Alam yang telah lama meninggalkan SK.
Dan seterusnya update Cili padi anak kepada Aduka dengan induk baka Pok 8.

03 October 2011

Sri Idaman Bin Aduka VS Sri Palas dan Koleksi Sri Bidong


Sri Palas dan Koleksi Sri Bidong adalah ikon masa kini yang senantiasa bermain di bibir setiap mulut peminat serama tanahair dan seberang. Bagaimanakah SK nak upgrade Sri Idaman menjadi secantik kedua-dua ikon ini?