04 April 2012

Pedang Keramat - Awesome!

Alhamdulillah patah tumbuh hilang berganti.
Pedang Keramat hasil kacukan Tok Keramat, Cendrawasih, Submarine dan Perahu Siam. Hasilnya mirip kepada ciri-ciri Submarine. Baru nak datang perangai.

Biarlah orang jual beribu RM ayam B tapi SK tetap nak pertahankan ayam A yang keluar dari reban SK. Kalau diizinkan Tuhan, minta dikurniakan aym A yang cutting tinggi dengan gaya yang buat orang "tertoleh-toleh tak puas pandang"!

SK suka cutting ni. Ayam kecil tapi dada bidang dan istimewa lagi tarik lonjak selam. Warna pun merah. Apa lagi nak? Untuk bon, mengancam di atas meja. Untuk breeding, tinggi sikit lagi. Apa pun, Alhamdulillah. Hanya DIA yang sempurna.

04 March 2012

Lagi Lagi Aduka Tak Ayam Lain ke?

Jumpa gambar lama jadi post aje la. Kalau computer virus nanti dah takda gambar kenangan pulak.

Baru nak belajar selam la boss, apa amik gambar ni? Belum sedia lagi boss.

Pulau Pandan Jauh Ketengah,
Gunung Daik Bercabang Tiga,
Hancur Badan Dikandung Tanah,
Budi Yang Baik Dikenang Juga.

Buah Hati

20 February 2012

TO BE OR NOT TO BE

Mungkin ada yang kata"Dah takda ayam lain nak update blog ni ke?" Jawabnya, "memang dah takda!" Aduka dan Seri Idaman yang tinggal sebagai pembaka SK. Tu pun Seri Idaman pun macam sakit.

SK dah biasa guna reban yang luas sekarang breeding pakai reban apartment ini tak selesa betullah. Ada rasa malas dah pulak nak bela ayam ni ditambah balik kerja lewat malam.

12 February 2012

Aduka di Perantauan - Jakarta

 Dah lama SK tak update blog ini. Sibuk settle down. Aduka pun begitu. Mula mula start dengan kandang besi macam kandang tanding. Ah tak selesa SK tengok ayam-ayam ambo tu. Baru siap "apartemen" lapan pintu. Baru puas hati. Servis Pak Fandy puas hati. Ayam-ayam sampai sihat wal-afiat. Balung2 merah belaka. Sampai 5 minit dah segak bergaya dan nak mengawan. He he he. Agus Thea lihat pun kaget....Lihat induk cun belakang Aduka tu. SK namakan darah 45 darjah.
 Onagagori ini kawan Aduka bermain. Mana tau boleh turun anak serama ekor macam ini.
Walau pun kecil Aduka perlukan sekurang-kurang 3 ekor induk untuk aman. Harap berkembang biak di tanah baru tempat SK cari rejeki. Barang barang di Malaysia masih belum sampai. Minum makan SK masih pakai pinggan mangkuk plastik. Nasib baik isteri original, kalau isteri plastik .... waduh masalah.

03 January 2012

Today Sold to Pantai Timur - Moving Out Sales

Darah Ara Pok 8 dan Induk Tok Keramat

Darah Pok Man Serama dan Induk Perahu Siam

Watch Out Next Sales on Female Serama Keramat 10 In the Week Commencing 9 January 2012

30 December 2011

Untuk Jual Sepasang Bapak dan Induk Adik Beradik Seri Buana

Seri Buana
Alpha Beta Masa Anak B

Alpha Beta semasa remaja


Alpha Beta - Bapa Seri Buana Semasa Muda.
Untuk Dijual Bersama Induk Dewasa dah bertelur adik beradik Seri Buana. Sepasang RM1,234.50
SK tidak ada gambar terbaru Alpha Beta tapi dia sekarang Categori Ayam B.