26 April 2011

Seri Alam Terkini - Malam-malam pun bergaya habis

Permintaan peminat jauh untuk lihat Seri Alam terkini

Walaupun tidak mandi dan ambil dari induk-induk kandang, Seri Alam masih nampak kemas bulunya dan dengan gaya yang mengancam. Tengok kaki yang tegak dan tegap bila selam. Ayam ini sangat unik yang kebiasaannya ayam lempar sayap jarang selam gila. Oleh kerana struktur tulang yang kuat dan kaki yang tegap membolehkan Seri Alam selam gila sambil lempar sayap. Ajaib sungguh ciptaan tuhan ini!

"Amacam segak tak aku, ramai induk kandang dah terpikat"

Soalan yang selalu diajukan: Boleh naik induk ke? Jawapannya boleh, boleh dan boleh. Seri Alam Boleh.

"Bolehkah pergi Kenyir ni?"

Akhirnya sebagai menjawab soalan cepu emas, tawaran tertinggi yang pernah ditawarkan oleh peminat  RM8,000! SK harap SK telah menjawab soalan-soalan yang sering dikemukakan kepada SK.

No comments:

Post a Comment