21 May 2011

Celoteh Tentang Pembiakan

Lagenda Keramat semasa muda

Pernah dengar tentang Wagyu? Wagyu adalah baka lembu yang menghasilkan daging lembu yang penuh khasiat dan mahal harganya hingga mencecah USD50 untuk 150 gm di Jepun. SK akan ceritakan kemudian apa kaitannya dengan pembiakan serama. Ramai yang datang ke reban SK dan mengambil sepasang, dua pasang, tiga pasang serama untuk pembiakan tetapi hasilnya tidak keluar seperti SK. Apa silapnya. SK dah ceritakan formula yang SK gunakan tetapi hasilnya masih tidak sama. Untuk menghasilkan wagyu yang berkualiti tinggi tidak siapa yang tahu formulanya tetapi hasil kajian di Jepun, sesetengah pembaka menggunakan alunan muzik untuk lembu dan tempat tinggal yang bersih dan selesa dan berhawa dingin. Begitu juga dengan serama bukan hanya formula yang tersurat tetapi memerlukan formula yang tersirat.

Lagenda Keramat - Semasa Anak B

SK lihat banyak orang membaling ayam untuk dia beraksi di atas meja atau baling di atas tanah. Ini salah satu perkara yang tidak SK lakukan kepada ayam SK. Saudara Serama Lang Persona menggunakan tangan kanan untuk mengambil ayam. Pantang baginya mengambil dengan tangan kiri. Banyak lagi faktor yang negatif untuk tidak menghasilkan baka yang comel contohnya, mengambil benih ayam jantan yang kita diamanahkan untuk menjaganya tanpa kebenaran tuan punya ayam. Kalau hormat dan beradab dengan ayam kesayangan kita insya'Allah mereka akan membalas kebaikan kita dengan hasil yang memuaskan. "Renung-renungkanlah dan selamat beramal" ~ Prof Ezi Hj Ali (Radio Hot FM)

16 May 2011

Anak A Selam Waktu Siang

Ada yang kata aku betina

Kalau betina malu ah

Jantan betina cerita lain yang penting aku anak A dah selam

Seri Buana nama diberi

12 May 2011

Anak A Dah Selam



Ya Allah, sebagaimana dengan kuasa Mu,  Kau jadikan dia selam sekarang, jadikanlah dia juga dengan kuasa Mu dia kekal selam tanpa lari struktur tulangnya bila dia dewasa nanti. Ameen.

11 May 2011

Aduka di Bon Kenyir - 7 Mei 2011

Keramat 10 Aduka telah beradu dalam kategory Muda. Sebenarnya bulu ekor masih remaja tetapi bulu leher dan rambai telah muda, pihak penganjur telah mencadangkan supaya dia bertanding sebagai muda. Namun begitu Aduka telah berjaya meletakkan dirinya dalam lingkungan top 10. Aduka di adili tempat ke 6 daripada 70 ekor muda yang bertanding. Antara 4 ekor muda yang mendapat markah gaya tertinggi 23!

10 May 2011

Balung Terkini- Balung Mancis/Jarum

Bagi yang tidak pernah melihat balung secantik ini, di sini SK kongsikan bersama untuk tatapan dan semangat atau cabaran untuk breeder menghasilkan balung trend akan datang...

For those who have not seen this kind of amazing comb/crest, SK has the pleasure to share the future feature of Malaysian Serama!!!