Lagenda Keramat semasa muda
Pernah dengar tentang Wagyu? Wagyu adalah baka lembu yang menghasilkan daging lembu yang penuh khasiat dan mahal harganya hingga mencecah USD50 untuk 150 gm di Jepun. SK akan ceritakan kemudian apa kaitannya dengan pembiakan serama. Ramai yang datang ke reban SK dan mengambil sepasang, dua pasang, tiga pasang serama untuk pembiakan tetapi hasilnya tidak keluar seperti SK. Apa silapnya. SK dah ceritakan formula yang SK gunakan tetapi hasilnya masih tidak sama. Untuk menghasilkan wagyu yang berkualiti tinggi tidak siapa yang tahu formulanya tetapi hasil kajian di Jepun, sesetengah pembaka menggunakan alunan muzik untuk lembu dan tempat tinggal yang bersih dan selesa dan berhawa dingin. Begitu juga dengan serama bukan hanya formula yang tersurat tetapi memerlukan formula yang tersirat. |
No comments:
Post a Comment