13 July 2012

Aduka - Juara Antara Bintang Kontes P.A.S.I.R. di lapangan banteng, Jakarta 8 July 2012

Angka 8 orang Cina kata ada 'ONG". Bagi Aduka 8 Juli 2012 membawa tuah kepadanya di lapangan banteng, Jakarta kerana berjaya merangkul gelaran Juara Antara Bintang (Ayam yang pernah pegang gelaran juara suatu masa dulu).

SK bersama Pak Ajong yang mengasuh Aduka sampai tahap kesihatan yang maxima hingga boleh beraksi seperti zaman remaja dan mudanya dahulu. Terima kasih Pak Ajong atas kerjasamanya! Kandang ayam Pak Ajong sangat bersih - belum pernah SK melihat kandang ayam dan ayam yang dijaga begitu bersih.

Kategori Juara Antara Bintang ini digelar oleh pihak penganjur P.A.S.I.R. sebagai kategori "NERAKA" kerana ayam ayam juara ini perlu beraksi selama 20 minit.

Aduka diambil foto oleh pihak media laksana artis kerana asyik berkebas selam sepanjang 20 minit masa kontes.

Tua-tua keladi semakin tua semakin menjadi! - Aduka hanya bernasib baik aje kerana tahap kesihatannya yang maxima. Lain hari belum tentu lagi kerana banyak juara-juara Malaysia  yang hebat yang diimport ke Indonesia.

1 comment: